Selamat bercuti di Jepun la Dik... Mulakan perjalanan dengan menyebut Nama Allah, smoga Perhatian dan PemeliharaanNya disisi kamu sehingga selamat pulang semula ke Kg Delong tercinta ni nanti ya, insya Allah... ^_^
Selepas beberapa minggu kebelakangan ni bertungkus lumus dengan semua preparation, akhirnya mu dah pun selamat memulakan perjalanan pagi tadi... hee... Aku suka perhati cara Allah limpahkan kasih sayangNya pada mu. Sejak mu mula-mula dapat sambung belajar di MARPA, Allah izinkan mu bergaul dengan kawan-kawan yang baik, ustaz-ustazah yang berhikmah, ada kejiranan orang kampung yang sangat-sangat baik di kuala berang.... Maybe tak semua tu adalah apa yang mu benar2 nak dalam hidup mu, tapi ianya benar2 adalah bukti kasih-sayang Allah utk mu, semua perkara yang selalu akan membuatkan mu dekat dengan kebaikan. Allah melindungi mu dari perkara-perkara buruk dengan caraNya sendiri...dan Dia mengurniakan nikmat dan kebaikanNya dengan cara yang jauh lebih baik dari apa yang kita mampu fikir. Subhanallah...
Dan hari ni Allah berikan juga rezki yang tak disangka-sangka, kan? Siapa mimpi tiba-tiba boleh terbang ke Jepun dan tinggal disana selama 3 bulan, plus makan, minum, pakai ditanggung, ada gaji lagi...... sedang kita adalah anak2 Hj Ismail, yang xpernah tahu maksud bercuti apelagi melancong, haha... lambah lagi, mu adalah Ahmad Fuad Hj Ismail ^_^ haha... Subhanallah...Alhamdulillah.... sungguh milik Allah lah seluruh langit, bumi dan segala yang ada diantaranya, dan Dia berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya...^_^
Allah dah mudahkan semua hal sebelum penerbangan, semudah-mudahnya, kan? Jadi sebut la selalu NamaNya sepanjang perjalanan nati sebagai tanda syukur dan berharap perlindunganNya. Semoga Allah permudahkan juga urusan di sana nanti, semudah-mudahnya...
Selamat bertugas Fuad... GANBATE KUDASAI! p ^_^ q
p/s : sedih gile aqu ble bace post ne..dri hti sorang kakak yang selalu bge aqu sokongn moral ne..meleleh air mate.. (*. *)
No comments:
Post a Comment